Thursday, February 24, 2011

TRANSFORMASI UMMAH MELALUI SUNNAH RASULULLAH

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Slogan tersebut tertera dikain rentang yang dibawa oleh kontigen ILMI dalam sambutan Maulidur rasul peringkat daerah Port Dickson yang di adakan di Masjid Pasir Panjang baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi sebarang hadaih dalam kotegri kontigen teramai atau sepanduk tercantik, tetapi slogan yang di bawa oleh kontigen ILMI itu, pada dasarnya merupakan slogan yang cukup bermakna dan terpenting jika diteliti secara mendalam. Perkataan tranformasi yang brmaksud perubahan itu sebenarnya mengajak kita untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih cemerlang seperti yang diutamakan oleh kepimpinan negara pada masa kini.

Tugas melakukan perubahan,pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar,tetapi ianya adalah tugas yang dituntut,kerana tugas memerangi pemikiran jahiliah,kerja memerangi kefahaman sesat,tugas memerangi amalan dan kerja munkar,tanggungjawab membetulkan amalan dan penghayatn jemaah yang lari jauh daripada syariat dan tuntutan islam adalah merupakan kerja-kerja jihad yang sangat tinggi ganjarannya.Hadis daripada Sahal bin Saad Saidi r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
"Satu hari menyumbang tenaga dengan berjihad dijalan allah itu adalah lebih baik daripada dunia dan apa yang ada diatasnya".(Riwayat Al-bahari)
Sebenarnya Manhaj atau kaedah perubahan yang dibawa oleh rasulullah ialah islam,ciri-ciri islam itu sifatnya mengubah.Rub'i bin amir berkata kepada rustum (panglima tentera parsi) bahawa:
"Allah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari menjadi hamba sesama manusia,kepada menjadi hamba allah yang maha esa.Dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan diakhirat.Dari kezaliman kepada keadilan agama islam".

Perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w mempunyai ciri-ciri yang sangat penting,antaranya kata seorang pemikir islam Fathi Yakan dalam bukunya ialah:

Pertama - Perubahan itu mestilah menyeluruh
Perubahan dibawa oleh rasulullah s.a.w bukan setakat perubahan suatu sudut dari sudut-sudut kehidupan yang tertumpu kepada sosial sahaja atau ekonomi sahaja atau politik sahaja,tetapi merupakan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.Kerana itu perubahan tidak mungkin tercapai dengan rekaan semata-mata,apatahlagi secara tangkap muat atau membuta tuli,bahkan tidak mungkin dengan cara rampasan kuasa kerana ia merupakan paksa dan perintah.

Kedua: Perubahan akidah

Akidah islam menentukan pendekatan dan perubahan,ia berpusat kepada dua tunggak asasi:
(1) Tujuan dan matlamat perubahan itu mestilah betul,benar kaedahnya dan betul juga minhajnya.
(2) Wasilah dan caranya betul,menepati syarak,bersesuaian dengan roh islam.
Perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w bukan sahaja dari segi tujuan,tetapi juga dari segi wasilah dan cara,iaitu sistem bagi menegakkan perintah allah dan melaksanakan hukumnya.

Ketiga : Perubahan yang berperikemanusiaan
Iaitu tidak melalui jalan keburukkan dan kehinaan untuk mencapai kebahagiaan,tidak membina bangunan diatas tengkorak manusia yang dizalimi dan penipuan.Islam agama perubahan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w membawa sifat-sifat rahmat,berperi kemanusiaan,mesra dan belas kasihan.Tidak seperti Tacashoft,pemimpin agong komunis yang mahu menghapuskan semua orang rusia yang melebihi umur dua puluh lima tahun,kerana tidak mahu menerima pemikiran Karl Marx.Tidak juga seperti yahudi zionis,yang membunuh rakyat palestin,untuk menegakkan kerajaan haram israil dibumi palestin.
Tetapi sistem "Perubahan" yang dibawa oleh rasulullah s.a.w penuh dengan Minhaj yang lembut,telus dan beradab.Semasa pembukaan kota mekah,abu bakar As-siddiq r.a menemukan bapanya yang musyrik kepada rasulullah s.a.w.Apabila rasulullah s.a.w melihat,lalu baginda bersabda :"Kenapa orang tua ini tidak dibiarkan sahaja dirumahnya dan biar aku sendiri datang menemuinya".Jawab abu bakar,"wahai raslullah,dia lebih patut menemui engkau dari engkau menemuinya".Rasulullah s.a.w pun menyapu dada bapanya,lalu berkata:islamlah anda,maka beliau pun terus memeluk islam.Jelaslah,kesederhanaan rasulullah s.a.w itu merupakan "Perubahan" sebagai wasilah bagi menambat hati umat.
Sesungguhnya mengikut sistem dan minhaj "Perubahan" yang diasaskan oleh rasulullah s.a.w merupakan suatu kefardhuan yang dituntut syarak dan ia sangat penting dan sangat diperlukan untuk kebahagiaan hidup manusia.Sebab-sebab diperlukan untuk kebahagiaan hidup manusia.Sebab-sebab terbengkalainya kedaulatan syariat allah dimuka bumi dan berkuasanya sistem sikular dan perundangan ciptaan manusia,dan penguasaan politik nafsu yang berkepentingan keatas masyarakat umat manusia,adalah kerana tidak melaksanakan minhaj perubahan tersebut.Oleh itu,setiap orang islam wajib melakukan perubahan,berdasarkan minhaj yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w .Firman allah:
"Maka demi tuhanmu (wahai muhammad)!,mereka tidaklah disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka,kemudian mereka pula tidak merasa apa-apa keberkatan dihati mereka terhadap apa yang telah engkau putuskan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024