Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal
Bercakap tentang perubahan atau transformasi, En. Ariffin Hassan dari PDN Resourcess dalam ceramahnya di Bengekel Peningkatan kerja pegawai KAGAT 16-18 Feb 2011 yang lalu telah menjelaskan tentang perubahan dan pentingnya persedian untuk menghadapi perubahan yang berlaku terhadap diri dan organisasi. Dalam konteks diri terdapat beberapa perubahan yang pasti berlaku iaitu:
Perubahan paradigma ‘mind set’ atau cara berfikir.
Perubahan tindakan harian.
Perubahan di peringkat tabiat.
Perubahan di tahap budaya.
Perubahan keseluruhan hidup kita.
Selain dari itu dalam aspek organisasi pula, kita sebagai kakitangan, pengikut atau pemimpin organisasi juga perlu bersedia untuk melakukan perubahan dalam organisasi atau perlu berseda untuk menghadapi perubahan dalam organisasi. Pada umumnya terdapat langkah jangka panjang yang kita perlu lakukan untuk melakukan perunahan dalam organisasi jika inginkan organissai yang kita dokong itu menuju ke arah kecemerlangan dan kejayaan atau atau apa yang disebut oleh para pemimpin kita pada hari ini sebafgai “pencapaian diutamakan’. Antara langkah jangka panjang yang perlu dilakukan ke arah perubahan organisasi menurut En. Arifin Hassan ialah,
PERTAMA- lebih terbuka dan peka dengan persekitaran baru - dapatkan maklumat baru.
KEDUA- Menerapkan budaya inovasi & keterlibatan dalam organisasi - Mempertingkatkan idea yang lebih kreatif.
KETIGA- Membuat pelaburan bijak dalam kursus latihan, latihan semula, kemahiran semula, pembelajaran & kemahiran baru.
KEEMPAT- Membentuk sistem penghargaan dengan menggalakkan pekerja menyumbangkan idea contohnya skim cadangan pekerja.
KELIMA- Wujudkan budaya yang berkualiti di kalangan pekerja dan organisasi keseluruhannya.
Untuk itu, bagi melakukan perubahn dan bersedia menghadapi perubahan, aspek yang perlu ada dalam diri kita ialah ilmu dan maklumat. Oleh itu mari kita sama-sama berusaha mencari ilmu dan maklumat dengan pelbagai cara dan kaedah yang pelbagai pada amasa kini. Dengan adanya ilmu kita lebih terbuka, bersedia dan berlapang dada dan tidak sentiasa menyalahkan orang lain atau hanya menegakkan benang basah sedangkan yang dipertahankan itu salah! Mari kita berubah sebelum kita rebah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment