Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Berikut adalah petikan dari akhbar Utusan Malaysia pada 22 Sept 2009 yang melaporkan ramai anggota tentera yang terlibat dengan skim cepat kaya dan budaya berhutang.
Cepat kaya: Tentera paling ramai sertai
KUALA LUMPUR 22 Sept. – Anggota pasukan keselamatan negara antara golongan paling ramai menyertai skim pelaburan cepat kaya kerana mendakwa gaji yang diterima tidak mencukupi. Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, menerusi laporan dan aduan diterima pihaknya, golongan tersebut cenderung melaburkan wang ke sebuah syarikat pelaburan kereta sewa di sini. Katanya, bagaimanapun syarikat tersebut yang tidak mempunyai lesen untuk beroperasi hanya bertahan kurang daripada lima tahun ekoran pihak berkuasa pantas menghidu sindiket penipuan mereka. “Apa yang menyedihkan, sejak syarikat tersebut didakwa atas kesalahan tidak memiliki lesen, semua anggota keselamatan yang melabur sehingga mencecah ribuan ringgit sehingga kini menjadi mangsa buruan ah long.
“Mereka meminjam dari ah long bagi menyara kehidupan keluarga ekoran wang simpanan habis digunakan selain gaji dipotong setiap bulan untuk pelaburan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. Ahmad Zaki berkata, bentuk skim pelaburan yang diperkenalkan oleh syarikat berkenaan ialah skim pelaburan kereta sewa dengan pelabur perlu melaburkan wang mereka sekurang-kurangnya 30 peratus daripada harga sesebuah kenderaan yang ingin dibeli. Jelasnya, apabila para pelabur telah membeli mana-mana kenderaan dengan cara pelaburan bersama, kenderaan itu akan dikendalikan oleh syarikat berkenaan sebagai kenderaan angkutan untuk para pelancong. “Hasil penyewaan kenderaan kepada syarikat-syarikat pelancongan yang dijalankan oleh syarikat pelaburan itu kononnya diberikan kepada pelabur atau pemilik kenderaan. “Para pelabur yang hampir keseluruhannya terdiri daripada anggota keselamatan bagaimanapun mengakui menerima hasil masing-masing tetapi hanya untuk tempoh tiga tahun pertama,” kata beliau. Beliau berkata, sindiket syarikat tersebut mula dikesan ketika negara gempar dengan kes skim cepat kaya tanpa lesen dengan menahan kira-kira lima syarikat dan salah satunya adalah syarikat pelaburan itu. Kini, katanya, syarikat tersebut masih disiasat dan jika didapati bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya. “Tetapi bagaimana dengan nasib anggota-anggota keselamatan yang terperangkap, sehingga kini tiada pihak boleh membantu dan selesaikan masalah mereka,” ujarnya. Justeru, Ahmad Zaki berkata, pihaknya merayu pihak-pihak yang berkaitan untuk memberi peluang kepada para anggota keselamatan melabur dalam skim khas pelaburan yang lebih meyakinkan. “Mereka sepatutnya wajar dibantu kerana banyak berkorban jiwa dan raga. Mungkin antara pendekatan lain yang boleh diambil ialah dengan memberi insentif bagi pembelian barangan keperluan dan kenaikan gaji,” kata beliau.
Sesuatu tindakan drastik perlu dilakukan oleh pihak yang berkuasa khususnya organisasi ATM . Tentunya amat menyedihkan apabila ramai di kalangan mereka yang terlibat dengan skim cepat kaya dan Ah Long. Bukankah skim cepat kaya itu akadnya adalah batil? Bukankah transkasi Ah Long itu mengandungi riba? Bukankah dosa riba itu sangat besar di sisi Allah SWT. Bukankah ini merupakan perkara yang cukup hina dan azab pedih menunggu para pelaku riba.
Wahai tentera umat Islam! Di hadapan kamu telah terbentang syurga Allah SWT tetapi kenapakah kamu memilih dan mengundang azab Allah SWT?
Wahai tentera Allah SWT! Jadilah kamu seperti tentera yang pernah bersama dengan Panglima Perang Islam Tariq bin Ziyad yang membuka Andalusia. Jadilah kamu seperti tentera Salahuddin Al-Ayubi yang membebaskan Al-Quds. Jadilah kamu seperti tentera yang pernah dipimpin oleh Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya membuka Kota Konstantinopel!
Justeru, marilah kita berusaha dengan lebih gigih untuk menggiatkan aktiviti dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam (isti’naf al-hayat al-Islam) sesuai dengan status umat Islam selaku khaira ummah. Telah terbukti di hadapan mata kita bahawasanya musibah melanda manusia disebabkan keengganan mereka mematuhi perintah Allah sedangkan Dia Subhanahu wa Taala telah berfirman dalam surah Thaha ayat 124 : “Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” Janganlah kita menanti datangnya bala dan musibah untuk kita insaf seterusnya memperjuangkan agama ini kerana dikhuatiri dosa-dosa umat Islam ini akansemakin menghancurkan umat yang mulia ini.
Umar bin Khattab berwasiat ketika melepaskan tenteranya berperang: ”Dosa yang dilakukan tentera (Islam) lebih aku takuti dari musuh mereka. Sesungguhnya umat Islam dimenangkan kerana maksiat musuh mereka kepada Allah. Kalau tidak demikian kita tidak mempunyai kekuatan, kerana jumlah kita tidak sepadan dengan jumlah mereka, kelengkapan kita tidaklah dapat menandingi dengan kelengkapan mereka. Jika kita sama dalam berbuat maksiat, maka mereka lebih memiliki kekuatan. Jika kita tidak dimenangkan dengan keutamaan kita, maka kita tidak dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment