MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL
Beberapa hari yang lalu saya berkesempatan untuk mengikuti program Latihan ESQ 165 yang pada asasnya untuk membina insan yang terbaik dan memahami erti Islam serta menjadi hamba Islam yang mampu berperanan sebagai’ khalifah di muka bumi’ ini. Namun demikian terdapat pro dan kontra berhubung program ini. Mufti Pulau Pinang Yang Berbahagia S.S Datuk Hassan Ahmad bersetuju dan memuji program ini. Menurut beliau,
“Antara cabaran umat Islam di Malaysia yang kita hadapai kini ialah sudah ada pihak yang cuba hendak menyerapkan fahaman Islam liberal kepada rakyat kita di Malaysia. Saya memohon kepada umat Islam supaya berhati-hati tentang fahaman Islam Liberal kerana fahaman ini mendakwa bahawa semua agama adalah sama sedangkan di dalam Al-Quran telah jelas mengatakan “Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam.” Jadi agama selain dari Islam tidak boleh diterima oleh Allah s.w.t. Ini yang harus simabil perhatian oleh umat Islam.
Saya telah mengikuti ESQ Training dan saya mendapati pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik dan sesuai pada masa kini. Sebab pendekatan ESQ ini adalah pendekatan berbentuk ilmiah, iaitu berdasarkan daripada ayat Al-Quran, kemudian disepadukan dengan akidah. Walau dipaparkan penemuan astronomi atau ilmu sains dan sebagainya tetapi ia Berjaya dikaitkan dengan keyakinan kepada Allah Yang Maha Pencipta. Bagi saya apa yang dibuat oleh ESQ adalah training terbaik yang pernah saya ikuti.
Barat cuba menghapuskan fahaman (Islam) mengatakan bahawa sains itu tiada kaitan dengan Islam…sebagai cara untuk memisahkan cara hidup dengan agama. Barat cuba memesongkan pemikiran umat Islam, sedangkan zaman silam, kita melihat berapa ramai ulama-ulama Islam yang sangat memahami ilu sains seperti astronomi dan kaji hayat. Saya melihat modul yang terdapat dalam ESQ, tidak ada perkara-perkara yang bertentangan dengan iktikad Ahli Sunnah Waljamaah yang kita yakini dan amalkan.
Selain itu saya melihat training ini juga sangat bersesuaian untuk golongan remaja. Training ESQ Berjaya mengumpulkan generasi muda selama dua hari dan diberikan ilmu-ilmu berkaitan dengan keyakinan dan pegangan hidup. Training ESQ ini cara mudah untuk memberi kesedaran kepada mereka.
Sebenarnya jika kita ingin menilai sesuatu perkara, pertama sekali kita perlu melihatnya dari peringkat awal sehingga akhir. Kita tidak boleh hanya berpandukan buku semata-mata. Kadang-kadang apa yang kita baca tak sama dengan apa yang kita alami. Kita faham yang lain, sedangkan apa yang penulisnya maksudkan tidak sama dengan apa yang kita faham. Sebab itu orang kata kalau nak belajar, mestilah berguru. Kalau kita tidak faham atau berasa ragu, kita boleh bertanya kepada penulis. Jangan mudah membuat anggapan, sesuatu yang kit tidak faham itu menyeleweng tanpa kita bertanya dahulu kepada penulisnya.
Namun demikian ini berbeza pndapat dengan kajian yang dilakukan oleh Sahibus Samahah Datuk Wan Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam kertas kerja beliau program latihan ESQ 165 adalah sebahagian dari program untuk menerapkan Kefahaman Islam Liberal. Bagi mendapatkan gambaran apa yang diperkatakan oleh Mufti tersebut. Berikut di petik sebahagian dari kertas kerja tersebut,
KERTAS
GERAKAN ISLAM LIBERAL
DI INDONESIA DAN KAITANNYA
DENGAN ESQ
ESQ dan FAHAM LIBERALISME
ESQ (Emotional Spiritual Quotion) adalah sebuah Kursus Kepimpinan
dan Pengurusan yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah
Syarikat ESQ Leadership Center berpusat di Jakarta. Sekarang ini
telah dikembangkan ke Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat di
Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.
Kandungan kursus ini termuat dalam buku karangan Ary
Ginanjar Agustian yang berjudul “Rahsia Sukses Membangun
Kesedaran Emosi dan Spiritual ESQ”. (Lampiran A). Tentang latar diri
penulisnya mengikut catatan di halaman akhir buku ini, ia lahir pada 24
Mac 1965 di Bandung, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di STP
Bandung, Univesitat Udaryana, Bali dan Tafe College, Adelaid, South
Australia. Tiada asas pengajian Islam secara formal, namun
mendakwa belajar agama secara sendiri melalui metod “kemerdekaan
berfikir”.
Buku ESQ ini sekalipun merupakan sebuah buku yang
membicarakan tentang latihan kepimpinan dengan latar belakang
pendidikan pengarangnya yang bukan daripada pengajian Islam,
namun ianya penuh dengan perbincangan tentang perkara-perkara
yang sangat mendasar dalam Islam seperti rukun iman, rukun Islam,
tauhid, mukjizat dan sebagainya. Di sana-sini penuh dengan ayat-ayat
Quran dan Hadis di selang seli dengan pendapat pemikir-pemikir kafir
dari Barat. Penggunaan ayat-ayat Quran dan Hadis dibuat secara
bebas sesuai dengan metods pengajian agama beliau yang dinamakan
“kemerdekaan berfikir”. Walaupun pada zahirnya buku ini sebuah buku
latihan kepimpinan namun ianya juga merupakan sebuah buku agama,
memandangkan sebahagian besar perbahasannya adalah berkaitan
agama.
Di Malaysia terdapat undang-undang tauliah bagi mengawal
pengajaran agama, dikenakan terhadap sesiapa yang ingin mengajar
agama walaupun ia memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam.
Tetapi peraturan seperti ini tidak wujud di Indonesia disebabkan
undang-undang negara yang berbeza. Namun jika pihak berkuasa
agama di Malaysia tidak berhati-hati, undang-undang kawalan ini dapat
ditembusi dengan mudah dengan berselindung di sebalik platform lain,
seperti “leadership training” dan sebagainya; khususnya dari negara
yang perkembangan faham liberalnya berlaku dengan begitu dahsyat
sekali seperti yang dipaparkan sebelum ini. Dalang disebalik gerakan
ini sudah tentu akan berusaha mengembangkannya ke Malaysia
dengan menggunakan pelbagai cara, memandangkan negara ini
merupakan harapan umat bagi kebangkitan semula Islam di zaman ini.
Penyelidikan ini akan melihat sejauh manakah unsur-unsur liberalisme
diserapkan dalam “ESQ Leadership Training” melalui penelitian
terhadap buku yang disebutkan cetakan ke 39 Oktober 2001.
6.2 Pengarang buku ini seolah-olah ingin memberitahu pembacanya aliran
Islam yang beliau anuti dengan menyatakan metod pengajian
agamanya sebagai “kemerdekaan berfikir”. Faham liberalnya ini
terserlah dengan jelas apabila kita membaca lembaran “Dari Penulis”
dan “Ucapan Terima Kasih”. Dalam ruangan “Dari Penulis” beliau
menyatakan : “Cara pandang Enka Ainun Nadjib yang begitu moderat
dan pluralis, tanpa kehilangan karakter dalam memandang agama
dalam puisinya di bawah ini. Kiranya mampu mempresentasikan apa
yang juga saya rasakan kini”. Beliau lalu memetik puisi tersebut :
“ Jika dalam buku ini ada Rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan, Bukan
bererti eksklusivisme aliran atau agama tapi keinginan untuk
menyampaikan kebenaran “. (hlm. 20). Dengan menolak
eksklusivisme bermakna ia menganut aliran infklusif yang menyamakan
semua agama. Dalam lembaran “ucapan terima kasih” beliau
menyampaikan penghargaan tinggi kepada dua tokoh utama Islam
Liberal di Indonesia : “Prof. Dr. Shafi’i Maarif, pemimpin umat yang
sangat saya kagumi”; Prof. Dr. Nurcholish Madjid (alm), Cendekiawan
Muslim yang arif bijaksana yang telah memberikan dukungannya yang
sangat berharga.” (hlm. 22)
SQ (Kecerdasan Spiritual) dan God Spot
Kedua-duanya merupakan topik penting dalam ESQ. SQ ditemui oleh
Danah Zohar dan suaminya Ian Marshall dari Harvard University dan
Oxford University. Bidang kajian mereka ialah Philosiphy, Religion &
Psychology. Sementara God Spot pula di temui oleh ahli saraf VS
Ramachandran dan lainnya dari California University. Ditegaskan
bahawa “Pada God Spot inilah sebenarnya terdapat value manusia
tertinggi (the ultimate meanings) (hlm. 44).
Pertamanya : Bagaimanakah konsep yang dihasilkan orang kafir dalam
hal yang berkaitan metafizik dan kerohanian ini boleh diterima sebagai
pegangan Muslim? Kemudian diabsahkan pula dengan ayat Quran dan
Hadis :
Namun bagi kaum liberal, perkara ini tiada masalah kerana semuanya
sama menuju kepada satu tuhan. Bahagian kulit buku “Fiqh Lintas
Agama” diletak gambar rajah bulatan yang di dalamnya terdapat
lambang semua agama dengan lambang cahaya yang dijuruskan ke
bulatan tengah sebagai lambang satu tuhan.
Keduanya : God Spot. Memandangkan istilah ini lahir daripada orang
bukan Islam, maka “God” itu bermaksud sama ada “Yahweh”, “Father”,
“Jesus”, “Brahma”, “Vishnu”, “Shiva” dan sebagainya. Dengan itu
konsep “God Spot” adalah jelas syirik dan kufur.
6.4 Suara Hati. Ary Ginanjar banyak sekali menggunakan konsep “suara
hati” sebagai sumber rujukan dalam menentukan baik buruk sesuatu
dan menggunakan konsep ini untuk mentafsir ayat-ayat Quran
(Lampiran A-2). Pertamanya, konsep “suara hati” adalah merupakan
ajaran Kristian. Saya perturunkan di sini tulisan Prof. Dr. Franz Magnis,
Susena SJ, ahli teologi kelahiran Jerman yang menetap di Indonesia
dalam buku “Menembus Batas Tradisi” :
“Dr. Banawiratma dari Universitas Sanata Dharma Yogyakarta,
membandingkan dengan tepat faham inklusif Nurcholis Madjid dengan
faham”kristen anonim” Karl Rahner (1904 -1484), barangkali ahli teologi
katholik terbesar abad ini ..... Maksud Rahner, di luar gereja yang
kelihatan ada banyak sekali orang baik-baik yang sama sekali tidak ada
kaitan dengan gereja dan tidak juga mahu masuk gereja – tetapi
mereka berada dalam liputan rahmat illahi dan dengan demikian
seakan-akan tanpa mengetahuinya sendiri secara “anonim” merupakan
orang Kristen dalam arti : dekat pada Yesus. Sejak di tahun 1965,
Gereja Katolik dalam Konsili vatikan 11, secara resmi, tanpa tedang
aling-aling menyatakan (dalam konstitusi ‘Lumen Sentium’ nr. 16:
bahawa juga mereka yang tidak dibabtis dapat diselamatkan asal
mereka hidup menurut suara hati mereka, istilah ‘Kristian anonim
tidak diperlukan lagi ..... “ (hlm. 175).
Adalah jelas konsep “suara hati ... merupakan ajaran Kristian yang cuba
disebarkan di kalangan peserta kursus ini. Ini terbukti apabila “suara
hati” diulang sebanyak 93 tempat dan merupakan istilah yang paling
banyak digunakan dalam bukunya ini.
Keduanya, umat Islam disuruh mengikut apa yang diwahyukan kepada
Nabi Kita Muhammad SAW, iaitu Quran dan Sunnah (Huud:109), juga
jalan para Ambiyaa’ dan Solihin (Luqman : 15). Inilah dia kaedah
tarbiah para sahabat serta para ulama yang mengikut jalan mereka.
Hatta para ulama sufi yang telah terbentuk jiwa taqwa mereka juga
menegaskan segala peri laku, hal-ehwal dan gerak hati mereka perlu
dinilai mengikut ukuran Quran dan Sunnah Al – Junaid menyatakan
“mazhab kita ini terikat dengan prinsip Quran dan Sunnah”. Abu Hafs
menyatakan,” Sesiapa yang tidak menilai perbuatan dan hal ehwalnya
pada setiap masa dengan ajaran Quran dan Sunnah dan tidak
memeriksa gerak hatinya (sesuai atau tidak dengan Quran dan
Sunnah) maka ia bukan daripada ahli Sufi”. Manakala Abu Sulaiman
al-Darani menjelaskan kadangkala hinggap di hati saya sesuatu
kefahaman yang terbit daripada kalangan ahli sufi. Saya memerhatinya
hingga beberapa hari, hingga saya pastikan ia disahkan oleh dua saksi
yang adil, iaitu Quran dan Sunnah”. Sekiranya suara hati menjadi
rujukan utama, ini bermakna wahyu tidak diperlukan. Tidak perlu ada
dakwah tablikh dan tazkiran di kalangan umat Islam, padahal inilah
antara ciri utama “Khaira amnah” sebagaimana ditegaskan dalam
Quran Surah Aali Imaran ayat 110’. Inilah dia jalan Islam dalam
mencari kebenaran. Manakalan “suara hati” adalah daripada ajaran
Kristian dan selari dengan faham pluralisme agar ia yang bercanggah
dengan Islam.
Mengingkari Mukjizat : Penulis buku ini menerima pendapat
Muhammad Husein Haikal yang mengingkari mukjizat “hissi” daripada
para Ambias’ yang banyak disebut dalam Quran dan Hadis-Hadis
“Mutawatir”. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijmak ulamak.
Ini ialah kerana keingkaran terhadap mukjizat merupakan penolakan
yang nyata terhadap nas-nas Quran yang jelas maksudnya dan “Hadis
Mutawatir”. Di halaman 159 ia memetik tulisan Haikal “....dan untuk
memperkuat kenabiannya, ia tidak perlu harus bersandar pada apa
yang dilakukan oleh mereka yang menyukai hal-hal yang ajaib”. Ia
kemudian mengulas “ Inilah petanda khusus bahawa Nabi Muhammad
SAW merupakan nabi penutup (terakhir), yang sesuai dengan
zamannya kemudian, yang begitu mengetatkan logika dan suara hati –
bukan mukjizat ajaib yang seringkali tak bisa diterima akal yang sehat
saat ini”. Inilah dia warisan pemikiran muktazilah yang dikembangkan
oleh Harun Nasution yang menyamakan mukjizat Nabi dengan
kemampuan dukun Haji Lela mengubat penyakit Aids. Dan inilah juga
pemikiran sikular yang tidak dapat menerima prinsip-prinsip agama
kecuali yang boleh dibuktikan secar saintifik. Kesilapan mereka ialah
menggunakan ukuran yang sama dalam perkara-perkara yang
berlainan tabiinya, iaitu fizik dan metafizik. Sedangkan ahli sains
sendiri membezakan antara keduanya. Albert Einstein ketika melawat
England dalam tahun 1921, telah ditanya oleh Archbishop of
Canterbury mengenai implikasi teori “Relativity”nya terhadap teologi,
beliau menjawab : “ None Relativity is a purely scientific matter and has
nothing to do with religion” (Tiada “Relatively” adalah semata-mata
perkara saintifik dan tiada kaitan dengan agama).
6.6 Mengguna dan mentafsir ayat-ayat Quran dan Hadis secara bebas
untuk disesuaikan dengan kehendak ESQ. Sebagai contoh, setelah
selesai menjelaskan kesemua maksud “The ESQ Way 165”, para
moderator akan membentangkan surah al-Maaidah ayat 3 (pada hari
ini, aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku telah
cukupkan nikmatku kepada kamu, dan aku telah redakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu). Ini membawa pengertian bahawa ayat ini
mengesahkan teori ESQ yang kebanyakan dicedok daripada teori
Barat serta diadunkan dengan teori Islam mengikut tafsiran
pengasasnya yang berfikiran liberal. Sedangkan dalam ESQ terdapat
ajaran yang menyeleweng dan kufur seperti mengingkari mukjizat
“hissi” seperti yang disebutkan sebelum ini. Menggunakan teori Kod 19 Rashad Khalifa untuk mentafsir al-Quran.
Di halaman 192 beliau menyebut “Rasyad Khalifah (w1990M)
menurutnya – Angka 19 mempunyai rahsia yang berkaitan dengan Al-
Quran, termasuk dengan Bismillah itu sendiri ..... Inilah salah satu
kunci yang mengamankan kesucian Al-Quran yang merupakan sebuah
mukjizatnya ....”.
Rashad Khalifa adalah versi baru bagi pengasas Qadyani Mirza
Ghulam Ahmad. Dilahirkan di Mesir dalam tahun 1935, kemudian
berpindah ke Amerika dalam tahun 1959 dan mendapat status
warganegara. Beliau yang mendapat kelulusan Ph. D dalam bidang
“biochemistry” ini tinggal di Tucson, Arizona.
Rasyad Khalifa telah mendirikan kumpulan agama yang dipanggil
“United Submitters International (USI). Ia kemudian mendakwa sebagai
Utusan Tuhan (rasul) dan mengistiharkan agama baru dipanggil
“submission” yang didakwa sebagai “Islam” yang sebenar. Antara
ajarannya ialah menolah Hadis dan menganggapnya sebagai
pembohongan. Pada tahun 1974 ia mengeluarkan teori Kod – 19 bagi
mentafsir ayat-ayat Quran seperti yang disebut oleh Ary Ginanjar.
Pada 31 Januari 1990, Rasyad Khalifa telah ditikam hingga mati di
Masjid Tucson. Pembunuhnya menghilangkan diri dan tidak dapat
didakwa hingga sekarang.
Disini kita lihat bagaimana melalui metode “kemerdekaan berfikir” dan
sikap pluralis, Quran telah ditafsir secara bebas dengan menggunakan
teori mereka yang jelas murtad daripada Islam. Cara ini akan
mengubah ajaran Islam sepertimana yang berlaku kepada Kristian.
Sebagai kesimpulannya : ESQ daripada sudut pandangan agama,
adalah sarat dengan metode dan fikiran Liberal yang bertentangan
dengan Islam dan boleh merosakkan akidah. Lebih bahaya lagi
apabila fikiran tersebut diserap melalui platform latihan kepimpinan
yang terlepas daripada pengawasan pihak berkuasa agama. Oleh itu,
ia perlu disekat sebelum merebak menjadi penyakit “barah” yang bakal
merosakkan akidah dan syariah dan sukar di kawal lagi.
KESIMPULAN
Gerakan Islam Liberal adalah usaha halus untuk mengeluarkan umat
Islam daripada agama mereka tanpa disedari, dan ia dilakukan atas
nama Islam. Dengan kata lain ia adalah program pemurtadan yang
terancang dan sistematik dilaksanakan melalui platform intelektual,
ilmiah dan akademik. Gerakan ini didalangi oleh kuasa asing yang
ingin meruntuhkan Islam khususnya Yahudi (Zionism).
Adalah diperhatikan bahawa di bawah panji Islam Liberal ini terkumpul pelbagai anasir yang ingin merosakkan Islam termasuk Qadyani dan Syiah. Misalnya usaha menggugat keaslian Mushaf yang ada hari ini dan menganggapnya sebagai ‘perangkap Quraisy’ adalah daripada pemikiran Syiah yang menuduh para sahabat r.a. telah mengubah al-Quran. Dan Quran yang sebenar dikenali dengan “Mushaf Fatimah” ada pada Imam Mahdi “yang ghaib”. Mushaf ini akan lahir bersama kemunculan Mahdi yang dinantikan oleh umat Syiah”.
Gerakan yang pada peringkat awalnya tidak begitu ketara ancamannya ini berkembang dengan begitu dahsyat sekali seperti yang digambarkan oleh seorang intelektual Indonesia, Dr. Ugi Suharto dalam bukunya “Pemikiran Islam Liberal” : “Mengapa sampai begitu dahsyat sekali faham pluralisme agama berkembang di Indonesia? Jawapannya adalah ringkas : kerana Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) secara perlembagaan tidak memberikan hak istimewa kepada Islam untuk menjadi agama rasmi negara, yang akhirnya Islam secara khusus tidak dilindungi dari segi undang-undang. Ini mesti menjadi pengajaran kepada Malaysia supaya terus mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara dalam perlembagaannya. Apabila tidak ada perlindungan undang-undang ini, maka anasir-anasir yang merosakkan Islam dari dalam begitu mudah disebarkan dalam masyarakat tanpa boleh dihalang oleh pemerintah Indonesia sendiri.”
Keadaan ini seharusnya memberi pengajaran kepada masyarakat Islam di Malaysia supaya menangani unsur-unsur yang merosakkan akidah diperingkat awal lagi agar ia tidak berkembang hingga menjadi ancaman kepada akidah umat dan sukar dikawal lagi. Juga pihak berkuasa agama perlu memanfaatkan sepenuhnya undang-undang yang ada bagi membendung ancaman ini sebelum masanya terlewat.
Disamping itu, dalam rangka melaksanakan tanggungjawab
memelihara kemurnian akidah, pihak yang bertanggungjawab juga
perlu peka terhadap taktik penyusupan yang menggunakan ‘platform’
bukan agama, khususnya yang datang dari luar negara.
Oleh yang demikian, kalau apa yang dikaji oleh Mufti Wilayah itu tepat, kita perlu fikirkan termasuk Jawatan Kuasa Syariah yang telah dipilih yang diketuai oleh Dato’ Mustaffa Abdul Rahman (bekas K.P JAKIM) serta bekas Mufti Johor Dato’ Mohd Noh Gadut untuk menilainya. Mari bersama kita mencari pendekatan terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
1 comment:
Assalamu'alaikum...
Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !
ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"
Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)
Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.
Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :
(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.
''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''
Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,
Terima kasih.
Wassalam..
Post a Comment