Friday, November 6, 2009

PEMANTAPAN PENGURUSAN DAKWAH

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Bagaimanakah pengurusan organisasi dakwah yang ada pada hari ini? Perlu ditekanakan bahawa aspek pengurusan, modul dan juga pendekatan dakwah yang dilakukan pada masa kini perlu dilihat semula serta perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, golongan sasar dan tempat. Pendekatan ini termasuklah apa yang disebut oleh Franklin Covey ‘The 7 habits offfective people’ (2001) yang telah menyenaraikan aspek Seek First to Understand, then to be Understood. Aspek tersebut merupakan prinsip penting yang perlu dihayati oleh para pendakwah. Kegagalan memperkayakan pendekatan dakwah dan cara Islam dipersembahkan, bukan sahaja menjadikan manusia itu bosan dan lekas lari apabila didekati, malah pendekatan yang tidak relevan itu bakal menjadi fitnah kepada agama. Selain dari itu pada masa kini khususnya di era kecenderungan masyarakat untuk kembali merujuk kepada aspek Spiritual Quotient (SQ) di samping emosi dan intelek, syarahan agama akan terbahagi kepada dua:
a. Kategori pertama dinamakan sebagai ceramah agama.
b. Kategori kedua, dimasukkan ke dalam latihan profesional (Professional training atau Consultancy).
Sehubungan dengan itu setiap organisasi dakwah perlu berubah pendekatan dakwah ke arah yang lebih profesional dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti modul latihan yang mempunyai konsep yang tertentu, merealisasikan prinsip 'Seek First to Understand, Then to be Understood" itu dengan melakukan assessment kepada pesertanya, Ia bersifat ergonomik, iaitu disiplin sains yang berkaitan dengan design mengikut keperluan manusia, merangkumi teori, prinsip, data dan metode ke arah memanfaatkan secara maksimum kemanusiaan manusia dan sistem secara keseluruhannya.
Selain dari itu, pemantapan pengurusan dakwah ini juga merangkumi aspek ad-die. Membina kualiti manusia ad-daie amat nya penting khususnya dari aspek ilmu, maklumat, kemahiran dan sikap. Sekirnya kualiti ad-daie dapat dibina sekali gus ia dapat melahirkan ad-daie yang berdisiplin serta mampu berkomunikasi dengan golongan sasar dengan sempurna serta mampu menghayati konsep ‘hikmah’ dalam dakwah seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT.


“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk”.

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024