Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Umat Islam adalah umat yang diamanahkan untuk memikul tugas jihad atau perjuangan. Oleh itu, seluruh hidupnya adalah untuk berjihad. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam kitab suci al-Quran.
Menurut Abu Ilzam (1985), Mahmood Shith Khattab (1988) dan Montogomery (1977) telah menyebutkan beberapa syarat utama bagi seseorang anggota tentera iaitu:
a. Beragama. Syarat ini penting kerana tujuan perjuangan adalah untuk jalan Allah iaitu mempertahankan akidah, negara, menjamin keselamatan, keturunan dan keadilan.
b. Dewasa. Cukup umur dan dapat bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
c. Sihat. Sihat dari segi jasmani dan rohani.
d. Berkemampuan. Mempunyai kemampuan fizikal termasuk tahan lasak dan berupaya menanggung kesulitan dan kepayahan.
Menyentuh aspek agama, Montomery (1966) yang telah menekankan bahawa seseorang ketua tentera atau panglima mestilah berpegang teguh dengan teladan tertinggi dan mestilah beragama”, menjelaskan yang bermaksud kuat beragama itu merangkumi perkara-perkara berikut:
a. Petunjuk, iaitu kebiasaan mengembalikan semua urusan kepada petunjuk Ilahi, pada ciri inilah terletaknya kebijaksanaan, keinsafan dan kepandaian bertindak.
b. Keadilan, iaitu memberikan hak kepada setiap yang mempunyai hak Allah dan hak manusia sendiri, pada ciri inilah letaknya kewajipan beragama, ketaatan dan kesyukuran, kebersihan, kekukuhan pendirian dan niat baik terhadap orang lain.
c. Disiplin, iaitu menguasai diri untuk memperkembangkan kemanusiaan ke tahap yang tinggi untuk kepentingan individu dan masyarakat, dalam ciri inilah terletaknya ketulusan diri, tidak takbur dan tabah.
d. Gagah berani, iaitu semangat sanggup menentang cabaran-cabaran dan godaan hidup. Dalam ciri inilah letaknya sikap berani kerana benar, bertahan dan berdisiplin.
Di dalam buku Mukhtasar Siasatul Hurub (Ringkasan siasah perang) hasil tulisan al-Harthami dalam bab ‘bertakwa kepada Allah dan beramal mentaatinya’ sebagai satu disiplin telah mencatatkan,
“ Seharusnya pihak penguasa perang hendaklah menjadikan bertakwa kepada Allah sebagai senjatanya, banyak berzikir dan meminta pertolongan dan bertawakal kepada-Nya, masalahnya ialah dukungan, pertolongan, perlindungan dan kemenangan hanya datang daripada Allah yang Maha agung yang akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki dari Makhluk-Nya, bukan dengan kemahiran, tipu helah kekuatan atau keramaian. Hendaklah semua urusan sama ada perintah atau larangan, masa dan keadaan diserahkan (disandarkan kepada-Nya yang maha besar, jangan meninggalkan istikharah dalam setiap urusan, hendaklah menjauhi pelacuran dan hasad dengki, hendaklah berniat akan memberi maaf dan tidak akan membalas dendam ketika menang kecuali menurut apa yang Allah reda. Hendaklah berlaku adil, elok tingkah laku, memerhatikan setiap perkara kecil atau besar yang ada kaitan dengan kepentingan rakyatnya. Hendaklah setiap perkara yang dikerjakan di dalam peperangannya kerana mendapatkan kurniaan Allah supaya mendapat kebaikan di dunia dan akhirat”.(Mahmod Shit Khattab 1988:140).
Dalam “al-ahkamul al-Sultaniyyah” Abu Hassan al-Mawardi (1960), telah menulis tentang sifat yang perlu ada pada panglima tentera,
“Hendaklah tenteranya menyempurnakan kesemua hak-hak Allah sama ada berupa suruhan atau larangan supaya tidak ada orang yang berdosa kepada Allah dan orang yang tidak memenuhi hak di kalangan mereka itu kerana orang yang berjuang mempertahankan agamalah yang lebih patut berpegang teguh kepada hukum-hukum-Nya dan memisahkan diri antara yang halal dan yang haram” .
Dalam buku “Bukti-bukti resmi kerahan perang” hasil tulisan Muhammad bin Mankali, ketua Tentera kesultanan Asyraf Syaban (764-778 Hijrah) yang telah ditulis pada tahun 770 Hijrah telah menyebut, “Bertakwa kepada Allah adalah sandaran teragung dan kemenangan tertinggi. Setiap pemerintah tentera mestilah bergaul rapat dengan rakan-rakanya dan memelihara hak-hak yang wajibkan oleh Allah di kalangan tentera-tenteranya” (Mahmood Shith Khatab 1988).
Dalam usaha membina kemantapan agama dan ketakwaan di kalangan anggota tentera ini, berdasarkan sirah Rasulullah terdapat beberapa persiapan kerohanian yang diamalkan oleh Rasulullah untuk melatih tenteranya. Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam mewujudkan satu bala tentera yang mantap dan kukuh, ternyata terbukti dengan kejayaan yang telah dimenangi dalam siri-siri peperangan yang telah berlaku pada zaman Rasulullah (Nawawi Daud, Profesion Ketenteraan Islam 1992). Antara prinsip-prinsip asas persiapan dan perancangan ketenteraan pada zaman Rasulullahlah, antaranya ialah:
a. Sekumpulan pemuda Islam ditempatkan pada satu tempat dan diberi latihan secara padat berkaitan dengan pengetahuan asas Islam yang merangkumi aspek Islam, iman dan ihsan.
b. Mereka mengkaji dan membaca al-Quran sehingga dapat menambah keilmuan Islam dan menghayati ajaran al-Quran.
c. Sentiasa mengingati Allah, baik dalam bentuk zikir atau doa-doa.
d. Mereka dilatih dengan ilmu taktik peperangan.
e. Mereka dilatih menunaikan ibadah wajib dan juga dengan ibadat-ibadat sunat khususnya menghidupkan malam dengan ibadah malam.
Amalan-amalan yang dicatatkan di atas ternyata terbukti dan berkesan dan ini dapat disingkap dari sejarah kejayaan Salehuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Dengan bilangan tentera yang terhad beliau masih yang ramai. mampu berhadapan dengan tentera musuh yang ramai. Dalam keadaan kelengkapan perang yang tidak setanding, tentera Islam pimpinan Salehuddin berjaya mengucar-ngacirkan dan menumpaskan tentera musuh.
Di sebalik kekaguman itu tidak ramai yang menyedari rahsia kejayaan Salehuddin. Ahli sejarah mencatatkan setiap malam Salehuddin akan meronda khemah-khemah tenteranya untuk memerhatikan apa yang mereka lakukan. Kemudian pada keesokan harinya beliau akan memilih tentera di kalangan mereka yang menghidupkan malam dengan qiamullail seperti solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya persiapan rohani untuk menghadapi tentera musuh. Sebaliknya tentera yang tidur, berehat atau berbual-bual kosong akan ditinggalkan. Kejayaan Salehuddin al-Ayubi menjinakkan Richard The Lion Heart kerana beliau telah memimpin tentera yang memiliki tentera yang mempunyai ciri “abid di malam dari dan umpama singa di siang hari” . Inilah juga ciri-ciri yang dimiliki oleh para sahabat, tabi’ dan tabien serta orang-orang yang soleh pada dahulu (Abdul Rahman Rukaini: 2002) Mereka hebat berjuang pada siang hari tetapi tetap menghidupkan malam dengan ibadah. Inilah yang dapat mereka contohi daripada peribadi Rasulullah SAW sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT,
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment