Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Aspek pendidikan spirituil atau tarbiyah ruhiyah adalah amat penting dalam usaha ke arah mendidik atau membina seorang tentera yang baik. Perlu diyakini bahawa jika seseorang Muslim atau tentera yang baik, sudah pasti ia mempunyai jiwa, semangat, berkeyakinan dan bebar-benar memahami peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Jika ini semuanya berlaku semangat jihad akan terdapat dalam dirinya dan ia akan sentiasa memahami tugas dan peranannya sebagai hamba Allah. Namun demikian, jika jiwanya gersang, resah gelisah dan tidak mempunyai matlamat yang jelas, walaupun ia mempunyai kemahiran dan berbekalkan senjata yang cukup baik, tetapi jiwanya lemah, seseorang itu mungkin lari dari medan perang jika berpeluang berbuat demikian.
Manusia itu pada umumnya terdiri dari jiwa (kerohanian) dan raga (sifat luaran). Sesungguhnya jiwa itu merupakan asas kekuatan diri seseorang dan ia bersifat kekal , manakala raga atau sifat luaran itu tidak kekal, boleh berubah dan boleh juga hilang. Oleh yang demikian adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pendidikan seseorang itu hanya ditumpukan kepada pendidikan luaran semata-mata dan tidak mendidik sifat dalaman atau kerohanian. Jika ini dilakukan sesungguhnya tindakan ini tidak mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah menerusi firmannya dalam surah al-Hijr ayat 29 yang bermaksud,
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya”.
Iman Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya proses penciptaan manusia dalam perut ibunya akan disatukan selama 40 hari dalam bentuk sperma, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi segumpal daging dan kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh...” .
Bagi Muhammad Qutb (1968) dalam bukunya, Manhaj at-Tarbiyah menyebutkan bahawa Islam menitik beratkan perhatian khusus terhadap dimensi roh (jiwa) yang merupakan titik asas manusia, kerana roh merupakan penghubung antara manusia dengan Allah dan roh juga merupakan potensi manusia yang paling besar. Oleh yang demikian, dalam aspek berjuang di jalan Allah bagi mempertahankan agama , bangsa dan negara dan keadaan dan niat yang betul, atau dalam konteks medan jihad fisabilillah, para ulama bersepakat bahawa orang yang mati syahid merupakan salah satu contoh bagi seseorang individu Muslim untuk menemui tuhannya dengan cara yang terbaik. Ini adalah kerana orang yang bersedia untuk mati syahid dan mengorbankan kehidupan dunianya, ia telah mencapai tahap keyakinan bahawa para syahid itu pada hakikatnya hidup di sisi Allah dan mendapat rezeki Allah. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
“Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki, (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” .
Dalam aspek syahid di jalan Allah ini, keyakinan seseorang kepada Allah SWT dan yakin kepada janji yang telah ditetapkan, telah mendorong seseorang itu mengambil keputusan tersebut dan ia akan menjadi berani dan tidak akut mati, seperti pernah dinyatakan oleh seorang panglima Perang Islam, “ aku datang kepada kamu semua dengan kecintaan kepada kematian lebih besar dan tinggi dari kecintaan kamu terhadap keduniaan”. Persoalannya sekarang, mengapakah mereka mencinta dan inginkan kematian? Jawapannya sudah jelas bahawa, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan kematian cara itu mereka akan memperoleh memasuki syurga. Salah satu contoh ialah dalam peristiwa Perang Yarmuk, di mana kaum Muslimin mengumpulkan sejumlah 40,000 orang anggota, sementara tentera Rom telah mengumpulkan anggota seramai 240,000 orang anggota. Setelah Khalid al-Walid mempersiapkan pasukan tentera Islam, Abu Sufyan yang telah diberi peranan untuk memotivasikan tentera-tentera Islam dan berkata, “ Apa yang kamu lakukan dan hadir pada hari ini adalah amanat Rasulullah, syurga ada di hadapanmu dan neraka ada di belakangmu”. Dengan kata-kata itu, Khalid al-Walid mengarahkan tentera-tentera Islam terus menyerbu dan menggempur pasukan musuh. Ternyata para tentera Islam melangkah ke medan perang tanpa takut dan gentar kerana mereka yakin bahawa kematian di medan perang akan menghantar mereka ke syurga Allah (Muhammad As-Sayyid Wakil :1986).
Tuesday, March 30, 2010
Wednesday, March 24, 2010
PERINGKAT-PERINGKAT PENDIDIKAN KETENTERAAN
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Dalam usaha untuk mempersiapkan sebuah angkatan tentera yang berwibawa, firman Allah SWT dalam surah an-Anfal ayat 60, yang menyarankan umat Islam mempersiapkan segala kekuatan yang ada untuk menghadapi musuh yang kita ketahui atau kita tidak ketahui pada masa kini, akan datang atau selamanya. Oleh yang demikian, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Bagi menjawab persoalan tersebut, beberapa kesalahan umum yang telah berlaku di negara-negara yang majoritinya umat Islam tetapi telah tewas dan tunduk kepada pihak musuh kerana mereka gagal untuk mempersiapkan sebuah angkatan tentera yang benar-benar mantap dan berkesan. Ramai orang mengandaikan kekuatan sesebuah angkatan tentera itu terserlah dari aspek fizikal dan keterampilan dengan anggapan bahawa angkatan tentera yang kuat terdiri dari tentera yang memiliki tubuh badan yang sihat, cekap, cekal dan disokong dengan peralatan yang canggih. Oleh yang demikian bagi membina anggota tentera yang beriman bertakwa serta mempunyai semangat daya juang dan tempur yang tinggi atau yang disebut sebagai spritual combat power dalam istilah pembinaan modal insan Angkatan Tentera Malaysia pada hari ini, adalah wajar untuk meneliti apa telah digariskan oleh Khalid Ahmad Syantut (1989), dalam usaha membina anggota tentera yang berwibawa berdasarkan peringkat-peringkat persiapan ketenteraan Islam seperti berikut:
a. Persiapan dari aspek spiritual.
b. Persiapan dari aspek intelektual
c. Persiapan dari aspek mental.
d. Persiapan dari aspek fizikal.
e. Persiapan dari aspek material.
e. Persiapan dari aspek sosial.
Bagi menjelaskan kelima-lima aspek pendidikan yanbg dimnaksudkan, penulis akan menghuraikannya secara berperingkat. Selamat membaca dan mengikuti tulisan di blog ini.

Tuesday, March 16, 2010
JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG UNTUK MERAIH SYURGA!
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
1 Mac 2010 yang lalu, Tentera Darat Malaysia menyambut ulangtahun ke 77, tetapi sambutannya barangkali tidak begitu meriah kerana faktor kewangan yang terhad, namun sambutan tetap perlu diadakan kerana ia sesuatu yang penting dan signifikan dalam organisai TD malah di kalangan anggota tentera sendiri. Namun apapun tahniah kepada seluruh warga TD dan tahukah anda bahawa menjadi anggota tentera merupakan pekerjaan yang mulia di sisi Islam. Anda akan mudah masuk syurga kita menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai anggota tentera dengan betul, amanah, ikhlas dan mengikut landasan Islam dan iman. Institusi ketenteraan itu dapat menjadi unggul jika menghayati Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan sekali gus menjadi benteng pertahanan ummah yang mampu menepati ciri-ciri maqasid al-syariyyah dan organisasi angkatan tentera dapat menepati kehendak Islam serta mampu memenuhi lima kriteria dalam Islam yang disebut sebagai al-Daruriyyat al-Khams atau kepentingan yang lima iaitu:
a. Menjaga Agama (hifz al-din) bermaksud hak untuk memilih agama dan melaksanakan ajaran agama dan mengamalkannya dalam kehidupan.
b. Menjaga akal (Hifz al-‘aql) bermaksud kebebasan berfikir dan mengemukakan pendapat bagi memperoleh keadilan dan kebenaran.
c. Menjaga nyawa (Hifz al-Nafs) bermaksud hak untuk menjaga kepentingan nyawa iaitu kehidupan manusia supaya boleh hidup sesuai dengan keadaan sekelilingnya.
d. Menjaga harta (Hifz al-Mal) bermaksud bebas untuk mencari, mengumpul harta serta menggunakannya bagi kepentingan diri dalam kehidupannya.
e. Menjaga keturunan (Hifz al-nasab) bermaksud setiap insan berhak untuk mempunyai keturunan, menjaga keturunan dan memastikan keturunannya berkembang dan berterusan.
Oleh yang demikian jangan sia-siakan peluang yang ada di hadapan anda untuk meraih syurga!

Monday, March 8, 2010
ADAKAH KITA BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN?
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Bermanfaat kepada orang lain merupakan salah satu tuntutan terhadap setiap, insan Muslim. ‘Bermanfaat’ yang dimaksudkan di sini ialah bermanfaat dari aspek yang baik di mana juga seseorang itu berada. Oleh yang demikian setiap insan Muslim yang menghayati agamanya sentiasa akan berfikir dan berusaha secara maksimum untuk mempersiapkan dirinya agar dapat dimanfaatkan oleh orang lain dalam aspek-aspek yang tertentu dan dapat disumbangkan kepada masyarakat sekelilingnya. Dalam perkara ini, Allah telah berfirman dalam Surah al-Hajj (22:77) yang bermaksud,
“Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.
Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda (al-Turmudhi 2000) yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatan dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari keburukan”
Bagi Ab. Aziz (2006), penghayatan Islam dapat dibina melalui perkara-perkara berikut:
i. Penghayatan akidah: Akidah yang dapat membentuk ketahanan dan jati diri; akidah yang membina motivasi, akidah yang membersihkan diri dari tahayul, khurafat, mistik dan akidah yang dapat melahirkan kekuatan diri.
ii. Penghayatan ilmu: Usaha mencari ilmu, menyebarkan ilmu dan menghayati ilmu yang diperoleh.
iii. Penghayatan ibadah khusus: Melaksanakan ibadah khusus dengan sepenuhnya dan kesannya dapat meningkatkan kerohanian dan kekuatan diri.
iv. Penghayatan akhlak: Dapat mempertingkatkan keperibadian hidup dan dapat hidup secara bersama dengan orang lain.
v. Penghayatan perundangan Islam. Menghayati hukum-hukum Islam serta dapat melaksanakan hukum serta mampu menampakkan keistimewaan hukum-hukum Islam.
vi. Penghayatan semangat jihad. Memahami, membina dan menghayati semangat jihad melalui harta benda, jiwa raga dan lisan.
Dengan kata lain, ajaran-ajaran Islam hendaklah diyakini bagi mencetuskan keimanan dan diamalkan melalui ibadat. Pemahaman terhadap ajaran Islam akan menghasilkan buah-buah amal, budi yang mulia, cinta dan kasih sayang kepada sesama manusia (HAMKA 1993: 3809). Di sebalik ilmu-ilmu yang tidak dihayati adalah keimanan umpama keimanan yang dijangkiti penyakit, ibarat pokok yang tidak menghasilkan buah ataupun tidak mengeluarkan daun yang rimbun (Sabiq 1978: 131-132).

MEMPUNYAI KEKUATAN BERUSAHA DALAM DIRI
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Memiliki kemampuan berusaha sendiri merupakan satu lagi ciri penting yang perlu kepada setiap diri Muslim. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya akan hanya boleh terlaksana jika seseorang itu memiliki kekuatan sama ada dari segi kekuasaan atau kekuatan ekonomi. Oleh yang demikian setiap peribadi Muslim perlu kepada kekuatan ekonomi yang membolehkannya melaksanakan ibadat dengan lebih sempurna seperti menunaikan haji, berzakat ataupun membantu orang lain sekali gus mempersiapkan masa depan yang lebih baik. Oleh yang demikian mencari nafkah atau harta merupakan satu galakan dalam Islam. Ini seperti yang telah diperingatkan oleh Allah melalui firmal-Nya dalam Surah al-Tawbah (9:105) yang bermaksud, “Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
Rasulullah bersabda (al-Bukhari 2000) yang bermaksud: “Tidak makan seseorang itu, makanan yang lebih baik kecuali dengan hasil tangannya sendiri.
Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda (al-Bukhari 2000) yang bermaksud: “Orang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain, pada hari kiamat kelak, wajahnya tidak mempunyai daging walau secebis”.
Dalam aspek membina kekuatan dalam bidang ekonomi, seseorang Muslim dituntut untuk mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu, kerana dengan kepakaran yang ada dapat dijadikan alat untuk memperoleh rezeki dari Allah.

Friday, March 5, 2010
Menjalankan urusan secara teratur
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Melaksanakan segala urusan secara teratur dan terancang memang ditekankan dalam al-Quran dan as-sunah. Oleh yang demikian, segala amal ibadat yang difardukan oleh Allah memang di atur secara teratur dan teliti. Umpamaannya ibadat sembahyang, ternyata mempunyai peraturan yang sistematik dan tidak boleh diubah. Sembahyang atau solat akan terbatal jika peraturan tersebut dilanggar secara sengaja, begitu juga dengan ibadat-ibadat yang lain.
Amalan seharian yang dilakukan oleh manusia seperti makan, minum, berpakaian, berdiri duduk, berziarah, membuang air dan lain-lainnya, mempunyai sistem dan peraturan yang tersendiri. Jika pelanggaran dilakukan terhadap sistem yang sedia ada, individu tersebut telah melakukan sesuatu pelanggaran amalan, ini bermakna individu tersebut telah melakukan kecuaian terhadap hak agama, diri dan masyarakat seluruhnya.
Dalam hal ini Dr. Ali Abdul Halim Mahmud (1997) telah menjelaskan bahawa setiap Muslim dalam usaha ke arah membina penghayatan agama perlu memerhatikan perkara-perkara berikut:
a. Setiap Muslim hendaklah mampu mengatur setiap pekerjaannya sehingga tidak ada istilah cuai, malas, menangguhkan pekerja dalam kamus hidupnya.
b. Setiap Muslim perlu mengawal waktu tidur dan bangunnya supaya tidak melampaui batas dan sebaliknya dan sentiasa berpandukan sunnah Rasulullahlah.
c. Setiap musim mampu untuk mengawal dari aspek makan minum, pakaian, tempat tinggalnya supaya tidak berlebih-lebihan atau terlalu berkira atau kedekut dalam kehidupannya dan sentiasa berpegang kepada etika dan akhlak Islam dalam setiap kehidupan.
d. Setiap Muslim perlu mampu untuk mengatur dan membahagi waktu dalam melaksanakan kerja-kerja dan tanggungjawab khusus yang ada pada dirinya dan sekali gus mampu untuk menyelesaikan segala pekerjaan dengan baik dan sempurna.
Jika setiap Muslim dapat mengerjakan semua pekerjaan atau tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan teratur telah menepati sunah Rasullah seperti yang telah disabdakan oleh Nabi,
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambanya apabila ia bekerja ia melaksanakan dengan baik dan sempurna.

Subscribe to:
Posts (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...