Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Melaksanakan segala urusan secara teratur dan terancang memang ditekankan dalam al-Quran dan as-sunah. Oleh yang demikian, segala amal ibadat yang difardukan oleh Allah memang di atur secara teratur dan teliti. Umpamaannya ibadat sembahyang, ternyata mempunyai peraturan yang sistematik dan tidak boleh diubah. Sembahyang atau solat akan terbatal jika peraturan tersebut dilanggar secara sengaja, begitu juga dengan ibadat-ibadat yang lain.
Amalan seharian yang dilakukan oleh manusia seperti makan, minum, berpakaian, berdiri duduk, berziarah, membuang air dan lain-lainnya, mempunyai sistem dan peraturan yang tersendiri. Jika pelanggaran dilakukan terhadap sistem yang sedia ada, individu tersebut telah melakukan sesuatu pelanggaran amalan, ini bermakna individu tersebut telah melakukan kecuaian terhadap hak agama, diri dan masyarakat seluruhnya.
Dalam hal ini Dr. Ali Abdul Halim Mahmud (1997) telah menjelaskan bahawa setiap Muslim dalam usaha ke arah membina penghayatan agama perlu memerhatikan perkara-perkara berikut:
a. Setiap Muslim hendaklah mampu mengatur setiap pekerjaannya sehingga tidak ada istilah cuai, malas, menangguhkan pekerja dalam kamus hidupnya.
b. Setiap Muslim perlu mengawal waktu tidur dan bangunnya supaya tidak melampaui batas dan sebaliknya dan sentiasa berpandukan sunnah Rasulullahlah.
c. Setiap musim mampu untuk mengawal dari aspek makan minum, pakaian, tempat tinggalnya supaya tidak berlebih-lebihan atau terlalu berkira atau kedekut dalam kehidupannya dan sentiasa berpegang kepada etika dan akhlak Islam dalam setiap kehidupan.
d. Setiap Muslim perlu mampu untuk mengatur dan membahagi waktu dalam melaksanakan kerja-kerja dan tanggungjawab khusus yang ada pada dirinya dan sekali gus mampu untuk menyelesaikan segala pekerjaan dengan baik dan sempurna.
Jika setiap Muslim dapat mengerjakan semua pekerjaan atau tugas yang telah diamanahkan dengan baik dan teratur telah menepati sunah Rasullah seperti yang telah disabdakan oleh Nabi,
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT menyukai hambanya apabila ia bekerja ia melaksanakan dengan baik dan sempurna.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment