Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Aspek pendidikan spirituil atau tarbiyah ruhiyah adalah amat penting dalam usaha ke arah mendidik atau membina seorang tentera yang baik. Perlu diyakini bahawa jika seseorang Muslim atau tentera yang baik, sudah pasti ia mempunyai jiwa, semangat, berkeyakinan dan bebar-benar memahami peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Jika ini semuanya berlaku semangat jihad akan terdapat dalam dirinya dan ia akan sentiasa memahami tugas dan peranannya sebagai hamba Allah. Namun demikian, jika jiwanya gersang, resah gelisah dan tidak mempunyai matlamat yang jelas, walaupun ia mempunyai kemahiran dan berbekalkan senjata yang cukup baik, tetapi jiwanya lemah, seseorang itu mungkin lari dari medan perang jika berpeluang berbuat demikian.
Manusia itu pada umumnya terdiri dari jiwa (kerohanian) dan raga (sifat luaran). Sesungguhnya jiwa itu merupakan asas kekuatan diri seseorang dan ia bersifat kekal , manakala raga atau sifat luaran itu tidak kekal, boleh berubah dan boleh juga hilang. Oleh yang demikian adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pendidikan seseorang itu hanya ditumpukan kepada pendidikan luaran semata-mata dan tidak mendidik sifat dalaman atau kerohanian. Jika ini dilakukan sesungguhnya tindakan ini tidak mengikuti apa yang telah diperintahkan oleh Allah menerusi firmannya dalam surah al-Hijr ayat 29 yang bermaksud,
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadaNya”.
Iman Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya proses penciptaan manusia dalam perut ibunya akan disatukan selama 40 hari dalam bentuk sperma, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi segumpal daging dan kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh...” .
Bagi Muhammad Qutb (1968) dalam bukunya, Manhaj at-Tarbiyah menyebutkan bahawa Islam menitik beratkan perhatian khusus terhadap dimensi roh (jiwa) yang merupakan titik asas manusia, kerana roh merupakan penghubung antara manusia dengan Allah dan roh juga merupakan potensi manusia yang paling besar. Oleh yang demikian, dalam aspek berjuang di jalan Allah bagi mempertahankan agama , bangsa dan negara dan keadaan dan niat yang betul, atau dalam konteks medan jihad fisabilillah, para ulama bersepakat bahawa orang yang mati syahid merupakan salah satu contoh bagi seseorang individu Muslim untuk menemui tuhannya dengan cara yang terbaik. Ini adalah kerana orang yang bersedia untuk mati syahid dan mengorbankan kehidupan dunianya, ia telah mencapai tahap keyakinan bahawa para syahid itu pada hakikatnya hidup di sisi Allah dan mendapat rezeki Allah. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
“Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki, (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” .
Dalam aspek syahid di jalan Allah ini, keyakinan seseorang kepada Allah SWT dan yakin kepada janji yang telah ditetapkan, telah mendorong seseorang itu mengambil keputusan tersebut dan ia akan menjadi berani dan tidak akut mati, seperti pernah dinyatakan oleh seorang panglima Perang Islam, “ aku datang kepada kamu semua dengan kecintaan kepada kematian lebih besar dan tinggi dari kecintaan kamu terhadap keduniaan”. Persoalannya sekarang, mengapakah mereka mencinta dan inginkan kematian? Jawapannya sudah jelas bahawa, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan kematian cara itu mereka akan memperoleh memasuki syurga. Salah satu contoh ialah dalam peristiwa Perang Yarmuk, di mana kaum Muslimin mengumpulkan sejumlah 40,000 orang anggota, sementara tentera Rom telah mengumpulkan anggota seramai 240,000 orang anggota. Setelah Khalid al-Walid mempersiapkan pasukan tentera Islam, Abu Sufyan yang telah diberi peranan untuk memotivasikan tentera-tentera Islam dan berkata, “ Apa yang kamu lakukan dan hadir pada hari ini adalah amanat Rasulullah, syurga ada di hadapanmu dan neraka ada di belakangmu”. Dengan kata-kata itu, Khalid al-Walid mengarahkan tentera-tentera Islam terus menyerbu dan menggempur pasukan musuh. Ternyata para tentera Islam melangkah ke medan perang tanpa takut dan gentar kerana mereka yakin bahawa kematian di medan perang akan menghantar mereka ke syurga Allah (Muhammad As-Sayyid Wakil :1986).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment