Monday, March 8, 2010

MEMPUNYAI KEKUATAN BERUSAHA DALAM DIRI

Mejar Burhanuddin Abdul Jalal

Memiliki kemampuan berusaha sendiri merupakan satu lagi ciri penting yang perlu kepada setiap diri Muslim. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya akan hanya boleh terlaksana jika seseorang itu memiliki kekuatan sama ada dari segi kekuasaan atau kekuatan ekonomi. Oleh yang demikian setiap peribadi Muslim perlu kepada kekuatan ekonomi yang membolehkannya melaksanakan ibadat dengan lebih sempurna seperti menunaikan haji, berzakat ataupun membantu orang lain sekali gus mempersiapkan masa depan yang lebih baik. Oleh yang demikian mencari nafkah atau harta merupakan satu galakan dalam Islam. Ini seperti yang telah diperingatkan oleh Allah melalui firmal-Nya dalam Surah al-Tawbah (9:105) yang bermaksud, “Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Rasulullah bersabda (al-Bukhari 2000) yang bermaksud: “Tidak makan seseorang itu, makanan yang lebih baik kecuali dengan hasil tangannya sendiri.

Rasulullah (s.a.w.) juga bersabda (al-Bukhari 2000) yang bermaksud: “Orang yang sentiasa meminta-minta kepada orang lain, pada hari kiamat kelak, wajahnya tidak mempunyai daging walau secebis”.

Dalam aspek membina kekuatan dalam bidang ekonomi, seseorang Muslim dituntut untuk mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu, kerana dengan kepakaran yang ada dapat dijadikan alat untuk memperoleh rezeki dari Allah.

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024