Saturday, January 29, 2011

MENCARI BEKAL UNTUK AKHIRAT

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Khatib di Masjid Kampung Baru Sirusa dalam khutbah Jumaaatnya semalam (28 Jan) telah menyentuh tentang aspek kematian.Sesungguhnya kematian itu terlalu hampir kepada kita tetapi kita seoalh-olah tidak menghiraukannya (baca mungkin sebahagian). Olerh itu kita perlu sedar bahawa menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT. Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57) yang bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT). Firman Allah (al-Quran surah al-Mulk ayat 2)yang bermaksud, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha perkasa lagi Maha Pengampun.”

Namun berapa ramai kalangan kita mengingati, bahawa kehidupan ini dan kematian kelak sebagai ujian yang perlu kita lulus sebelum kita berdepan dengan Allah di akhirat? Persoalan ini adalah asas kehidupan manusia. Ia perlu dijadikan prinsip kita sepanjang hidup di dunia ini. Walaupun kita sekarang berdepan dengan segala macam perkembangan baru, termasuk bidang kemajuan maklumat seperti yang kita alami sekarang. Hakikat inilah, dunia blog dan facebook atau apa-apa nama lagi yang menjadi landasan penyebaran maklumat alam siber, kita harus serasikan dengan prinsip hidup berteraskan kehendak Allah.

No comments:

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024