Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal
Hadis nabi yang mafhumnya, “ sampaikan dari ku walaupun satu ayat….”. Begitulah antara lain maksud hadis Nabi Muhammad SAW yang mengajak umatnya untuk berdakwah atau menyampaikan kebenaran. Secara umumnya dakwah boleh disampaikan secara individu ataupun kumpulan (jemaah, organisasi atau sebagainya) melalui pelbagai program atau kegiatan di masjid, surau sekolah, tempat kerja, kampung, taman atau di mana sahaja yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan mampu dikaitkan dengan Islam. Dalam aspek urusan keduniaan, Rasulullah memang telah menyerahkan kepada umatnya yang arif tentang aspek keduniaan akan tetapi mempunyai batasan yang tertentu dan perlu mengikut aturan Islam.
Kemajuan teknologi maklumat masa kini terus maju dan tidak dapat dibendung lagi. Teknologi maklumat umpama pisau yang mempunyai dua beklah mata yang tajam dan ia mempunyai dua kedudukan yang berbeza. Kemajuan teknologi maklumat dapat dimanfaatkan untuk kehidupan manusia seluruhnya jika digunakan untuk kebaikan dan jika ia tidak digunakan dengan cara terbaik ia umpama ‘bumerang’ yang boleh merosakkan jika tidak diuruskan dengan baik dan sempurna.
Dari sudut positif hasil ciptaan dan kepandaian manusia ini akan membawa manusia seluruhnya kepada peradaban baru dengan perkembangan ilmu pengetahuan yang makin mudah dapat dicapai dan diperoleh oleh manusia dari segenap penjuru, Namun demikian kemajuan teknologi maklumat ini akan menjadi sesuatu yang ‘menakutkan’ jika manusia menggunakannya secara suka hati dan akan menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan.
Dari aspek positif yang lain juga kemajuan teknologi maklumat akan menambah kecekapan dan keberkesanan tugas, serta proses transformasi yang menuju ke arah kemajuan sejagat. Dalam sektor ekonomi umpamanya, kehadiran internet yang merupakan sebahagian dari kemajuan teknologi maklumat mampu memberikan kemudahan dalam memenuhi keperluan permintaan dan penawaran tanpa batasan ruang, masa, tempat atau batasan geografi, sehingga muncul pelbagai perkhidmatan seperti e-perdagangan (e-commerce), e-perniagaan (e-business) dan sebagainya.
Begitu juga dalam aspek yang lain seperti politik, sesial budaya dan sebagainya. Maklumat akan bergerak secara cepat dengan adanya jaringan internet yang boleh diakses oleh ramai orang dari pelbagai sudut dunia tanpa ada batasan geografi, kaum, budaya atau demografi.
Dakwah melalui internet, satu alternatif
Oleh yang demikian, bagaimana dengan aspek agama Islam khususnya usaha-usaha dakwah? Dapatkah kemajuan teknologi maklumat dapat memberikan impak yang besar kepada usaha-usaha dakwah serta meninggikan syiar Islam? Jawapannya tentu sahaja bergantung kepada umat Islam, yang bersedia atau tidak atau dapat melihat serta menghidu kemajuan teknologi ya ada di hadapan kita ke mana kini untuk menggirangkan bagi kepentingan Islam.
Agama Islam sebagai agama samawi diturunkan dengan sifatnya yang universal dan ia sesuai sepanjang zaman dan pelbagai tempat. Oleh yang demikian, kehadiran internet kini telah menjadi sebahagian dari kehidupan dan ia perlu digunakan untuk menyampaikan ajaran Islam dan ia perlu digunakan sebagai salah satu alat dakwah yang penting. Perkara tersebut dapat dilakukan dengan memanfaatkan laman web, jaringan e-mel dan boleh diakses oleh semua orang dari pelbagai sudut dan tempat tanpa batasan geografi. Ternyata, bukankah ia suatu kemudahan yang perlu dimanfaatkan dan memberi peluang kepada semua orang untuk berdakwah. Oleh yang demikian mengapa kita mengambil peluang dan ruang yang ada untuk berdakwah melalui internet? Para agamawan,ustaz, ustazah mari kita semarakkan dunia dakwah melalui internet. Mengapa tidak?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment