Mejar Burhanuddin Abdul Jalal
Jika ditanya, apakah kekayaan yang paling berharga dalam hidup? Harta? Wang ringgit? Hartanah? Anak-anak? Kecantikan? Kecerdasan? Atau Kesihatan?
Kita akan menyebutkan bahawa kesemuanya berharga walaupun bukan semua yang termahal. Kesemuanya tidak sama atau setara dengan nilai waktu yang kita miliki dalam kehidupan seharian. Kekayaan yang sebenar yang kita miliki setelah Islam ialah waktu atau masa.
Dapatkah kita memahami mengapa waktu ini begitu penting bagi kita? Mungkin perbincangan ini tidak mempengaruhi diri kita sedikit pun kerana kita telah terbiasa dalam kehidupan seharian dengan ketidakpedulian kita terhadap waktu atau masa. Perbincangan berikut akan menyedarkan diri kita kembali mengapa waktu begitu penting serta berharga dalam hidup ini.
Jadilah umat yang terbaik
Dalam al-Quran Allah SWT banyak bersumpah dengan waktu dan Allah menyebut perkara tersebut dalam banyak tempat dan ini menunjukkan bahawa waktu adalah amat penting sekali. Berikut adalah ayat-ayat dalam al-Quran di mana Allah telah bersumpah dengan waktu. Firman Allah SWT yang bermaksud,
”Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya),Dan siang apabila ia lahir terang-benderang”.
” Demi waktu dhuha, Dan malam apabila ia sunyi-sepi”
”Demi waktu fajar;Dan malam Yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)”.
”Demi matahari dan cahayanya Yang terang-benderang;Dan bulan apabila ia mengiringinya”
. Demi Masa!
“ Maka Aku bersumpah, demi mega;
Apakah sebabnya Allah menyuruh manusia memikir dan merenung tentang sumpah tentang waktu yang telah disebutkan oleh Allah SWT? Ia berhubung dengan waktu, anugerah paling mahal yang diberikan kepada seluruh manusia. Umat atau manusia yang tidak tahu menghargai waktu tidak mungkin akan menjadi manusia atau umat yang maju.
Dalam al-Quran kita telah pun membaca firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud,
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia”.
Dalam ayat di atas Allah menyebut bahawa manusia adalah umat yang terbaik, namun demikian pada prinsipnya ia akan menjadi umat yang terbaik apabila manusia mampu memanfaatkan seluruh kurnia Allah dan tidak menyalahgunakannya segala anugerah tersebut khususnya waktu atau masa. Sebagai manusia yang terbaik adakah kita telah dapat merasakan kepentingan waktu dalam hidup kita ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
1 comment:
Postingan yang bagus. Sebagai info juga, banklink blog ini ada di sini. Perkenankan kami posting info juga, barangkali ada manfaatnya.
1. Sarang semut papua
2. Madu alam super
3. Name chemistry
4. Foto jadi kartu lebaran
5. Umroh, haji dan investasi
6. Reklame & percetakan
7. Privat English & sertifikat
8. Freeware - shopping cart
9. Freeware - mesin email
10. Kursus gratis
11. Iklan bonafid
Info selengkapnya: http://sutaryo.net/promosi.htm
Post a Comment