DUNIA kini menuju ke arah persaingan yang semakin kritikal. Sebuah negara membangun misalnya terpaksa menerima hakikat wujudnya persaingan global dalam menguasai pentas dunia dengan pemain utamanya adalah negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Negara-negara Islam tidak terkecuali merasai tempias persaingan global ini dalam usaha mereka mencapai kemajuan. Arus globalisasi yang diterajui Barat dengan membawa bersama nilai-nilai di dalamnya telah memberikan impak dan merupakan ancaman kepada negara-negara yang mempunyai komuniti Islam.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978) dalam bukunya Islam and Secularism telah menyebutkan bahawa negara-negara Islam turut dilanda faham sekularisme yang bertolak daripada proses kolonialisme oleh kuasa-kuasa Barat. Penjajahan yang dilakukan oleh Barat ini disusuli dengan langkah-langkah yang bertujuan untuk memindahkan corak pemikiran sekular yang dominan kepada Barat dan pada masa yang sama menghakis peranan dan kepentingan Islam dalam pemikiran dan tamadun masyarakat Islam yang dijajah.
Menyedari cabaran yang kritikal tersebut, penulis buku ini telah mengambil inisiatif untuk menulis buku yang berjudul “ Dakwah dan cabaran de islamisasi di Malaysia” sebagai satu usaha untuk memberi kesedaran kepada umat lam dan para pendakwah tentang isu de Islamisasi ini dan bagaimana proses de islamisasi ini wujud dalam pelbagai bentuk , versi., corak dan dalam pelbagai aspek sosial, politik, pendidikan, kepercayaan, teknologi maklumat dan lain-lain telah bertembung dengan Islam dan memberi cabaran besar kepada perkembangan dan usaha-usaha dakwah khususnya di Malaysia.
Secara umumnya proses de Islamisasi bermaksud pemasukan konsep-konsep asing ke dalam pemikiran Muslim, dan aktiviti mempengaruhi pemikiran dan penaklukan ini, sedang giat berjalan di negara-negara Islam hari ini dan akibatnya Islam sedikit demi sedikit terungkai dari diri Muslim Usaha memisahkan agama dari urusan kehidupan ini telah kian berjaya, malah umat Islam turut dilalikan dari agama mereka melalui hiburan, media massa, majalah, filem, kebudayaan dan kesenian.
Dalam konteks negara kita, banyak perubahan yang dilakukan dalam tujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat yang merangkumi aspek ekonomi, teknologi, pentadbiran, politik dan sosial. Oleh yang demikian proses de-Islamisasi ibu berjalan serentak dan golongan sasaran utama bagi melampiaskan pengaruh de-Islamisasi ini ialah kepada golongan para belia khususnya melalui pengaruh media massa.
Dalam bab ketiga buku ini, penulis telah menghuraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada proses de Islamisasi. Menurut penulis banyak faktor yang menyebabkan berlakunya proses d Islamisasi dalam masyakat yang merangkumi dari sudut dalam dan luaran. Faktor dalaman meliputi sudut individu, keluarga dan rakan sebaya, sementara faktor luaran yang turut menyumbangkan proses de Islamisasi ini termasuklah sudut persekitaran, kecanggihan teknologi, media massa dan masyarakat yang menyebabkan penyebaran ini lebih kukuh dan mantap bagi menjejaskan identiti dan menjatuhkan ketamadunan nilai Islam.
Umat Islam di Malaysia khususnya perlu menyedari gerakan de Islamisasi ini di negara kira dan juga perlu menyedari kesan dari proses ini jika berterusan akan menyebabkan terbantutnya pembangunan fizikal dan rohani, menjejaskan pembentukan masyarakat madani dan juga menjejaskan pembangunan modal insan berteraskan Islam hadhari .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment