BARANGKALI kisah atau cerita mengenai Tanah Suci atau peristiwa dan
pengalaman ketika mengerjakan haji masih menjadi bualan. Namun satu
persoalan yang penting bagi setiap orang yang pergi mengerjakan haji ialah
untuk mendapatkan haji yang mabrur'.
Bagi umat Islam di Malaysia, setiap tahun ramai yang gagal untuk
mendapat tempat kerana faktor kuota yang terhad. Bagi yang berpeluang dan
mendapat tempat perlu bersyukur, tetapi berapa ramaikah yang kembali
membawa haji mabrur? Dan ramai juga yang tidak menghargai nilai ibadat
haji mereka walaupun telah membelanjakan jumlah wang yang besar, masa yang
lama serta lain-lain pengorbanan, malah kembali ke tanah air tidak
menampakkan perubahan yang positif dari segi sikap, amalan dan ibadah
mereka. Apakah hal-hal ini dapat dikaitkan dengan haji mabrur?
Bagi menjawab persoalan tersebut serta kaitannya dengan haji mabrur,
sebab musabab mengapa haji kita tidak mabrur, buku berjudul Mabrurkah
Hajiku Ini?, tulisan pendakwah dan pembimbing haji yang terkenal iaitu
Daud Che Ngah, tentu dapat menjawab segala persoalan tersebut.
Menurut penulis, memang hasrat setiap orang yang pergi menunaikan haji
di Tanah Suci ialah untuk mendapatkan haji mabrur tetapi persoalannya
adakah setiap orang telah dapat memenuhi syarat untuk mendapat haji
mabrur, yang merangkumi tiga aspek utama iaitu sebelum menunaikan haji,
ketika menunaikan haji dan selepas menunaikan haji.
Sebagai seorang pembimbing haji yang berpengalaman, penulis turut
mencatatkan beberapa faktor yang mendorong atau andaian mengapa ibadat
haji tidak mabrur. Penulis telah menyenaraikan 41 sebab atau andaian
mengapa haji tidak mabrur (ms 29-38). Menurut penulis antara faktor atau
andaian yang menyebabkan haji tidak mabrur antaranya ialah:
* Kurang mendalami ilmu ibadat haji dan tidak dapat melaksanakannya.
* Menderhaka atau mengabaikan ibu bapa yang uzur ketika sama-sama
menunaikan haji.
* Menggunakan wang perbelanjaan dari sumber yang tidak jelas.
* Kurang berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
* Mengabaikan amalan sunat.
* Mementingkan diri sendiri atau sukar untuk membantu orang lain.
Bagi muslimin dan muslimat yang akan menunaikan haji tentunya buku ini
dapat membantu untuk mengerjakan ibadat haji dengan lebih baik dan bagi
yang telah menunaikan ibadat farud haji, buku ini turut bernilai kerana
mungkin kita boleh bermuhasabah sejauh manakah ibadat haji yang telak kita
lakukan itu sama ada mabrur atau sebaliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
No comments:
Post a Comment