Sunday, April 3, 2011

28 PENYEBAB GAGALNYA DAKWAH

Oleh: Dr Burhanuddin Abdul Jalal

Kegiatan dakwah merupakan tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim. Allah telah berfirman dalam surah Saba’ ayat 28 yang bermaksud,

“ Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”.

Firman Alah swt itu telah membawa maksud bahawa tidak semua manusia yang bersedia untuk melaksanakan tugas amanah dakwah, bahkan di kalangan umat Islam sendiri terdapatya halangan dan juga cabaran tersendiri dalam usaha untuk menyampaikan dakwah di kalangan manusia muslim ataupun bukan muslim. Dalam perkara ini Dr Sayyid Muhammad Nuh dalam bukunya Aafatun ala at-tariq (1993) telah membahaskan 28 perkara yang menyebabkan gagalnya dakwah. Antara fakor tersebut ialah:

a. Futuur
b. Israaf
c. Isdti’jal
d. Uzlah atau tafarrud
e. I’jaab binnafsi
f. Ghurur
g. Takabur
h. Riya dan sum’ah
i. Ittiba’ul hawa
j. At-tathallu’ ila al-shadaarah wa thalabal-riya’.
k. Dhiiqul ak-qasrun nazhar.
l. Dhaf aw thalaasyii al-iltizam
m. Adamut tatsabbut aw attabayyun
n. At-tafrith amalil-yaumi wa allailailati.
o. Su’uzan
p. Ghibbah
q. Namimah
r. Faudhal waqti
s. Taswif
t. Tasya’um
u. At-Tanaththu’ aw al-ghuluw fiddin
v. Al-mira
w. Al-Qu’ud
x. Asy-syuh
y. Al-Ghadb
z. Al-Hiqd
aa. At-Tanafus
bb. Al-ihtiqar


Sehubungan dengan itu, penulis akan cuba menghuraikan satu persatu faktor yang menyebabkan gagalnya dakwah berdasarkan apa yang telah dihuraikan oleh Dr Sayyid Muhammad Nuh serta akan dikaitkan dengan isu-su semasa untuk renungan pembaca sekalian. Selain dari itu semoga kita terus berdakwah dan sentiasa menghayati firman Allah yang bermaksud,

“Dan (bukanlah tanggungjawabmu Wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (janganlah Engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka Patutkah Engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?” ) Surah Yunus; 99).

4 comments:

Tok Kenali said...

Tok Kenali: Persoalanya/..adakah pendakwah kagat hari ini berada berada di tahap mana?..adakah ditahap yang membanggakan atau sekadar...cukupx makan?...atau statusnya....confused?..perkara ini perlu dianalisis semula..demi mengenal pasti kejayaan kagat bagi mutakhir ini...mohon YBhg Dr...memebawa perkara ini kepada pihak yang sepatutnya...demi melahirkan insan mujahid tulen dalam ATM...TQ

drburhan said...

Terima kasih atas pandangan dan rasa peka terhadap perkembangan dan tahap dakwah KAGAT dalam ATM. Usaha-usaha pemantapan dan kecemerlangan dakwah dalam ATM sedang diusahakan.Terima kasih

Anonymous said...

Banyak halangan dan rintangan yg terpaksa dihadapi terutama dari dalam diri pendakwah dan dari dalam organisasi dakwah itu sendiri. Dari dalam diri; banyak dari kalangan peg dan anggota kagat yang bersifat dgn sebahgian dr 28 sifat tadi. Dari dalam organisasi; pihak atasan kurang peka dan kurang memahami kehendak orang bawahan. Kalau nak bg cadangan dituduh pula orang tu nak mengajar orang tua. Kalau macam ni bila nak maju...

Anonymous said...

Satu perkara lagi ialah kenapa ada gejala yang amat memalukn (amat memalukn utk disebutkan di sini...)berlaku di kalangan 'yg dikatakan sebagai pendakwah'. Adakah krn pemimpin kagat sekarang tidak bersifat warak...yg lebih terarah kpd hiburan/golf dari ilmu...sehinggakan memaksa anggota kursus utk menaja golf utk orang besar2...atau program yg dianjurkan (terutama yg melibatkan PASDAM) sebenarnya memerangkap diri sendiri iaitu melibatkan pergaulan bebas...cuba Doktor fikir2kan dan tazkirahkanlah pihak atasan tu.

DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN

 -------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024