Oleh : Dr Burhanuddin Abdul Jalal
PARA penuntut Kursus kerjaya Pembantu Agama Rendah (PEMARA)Siri 20/2011 telah mengadakan projek persembahan kumpulan di Dewan Utama ILMI pada minggu lalu. Ternyata projek atau muhadhorah yang mereka tampilkan dengan tema Palestin itu, telah memberikan satu impak yang besar kepada warga ILMI seluruhnya sama ada dari segi kemampuan dan daya kreatif mereka dan juga menyuntik kesedaran tentang isu
Palestin di kalangan mereka yang hadir pada malam tersebut.
Perlu kita sedari bahawa masalah Palestin bukan semata-mata masalah warga Palestin dan Arab semata-mata, ia adalah masalah bersama umat Islam di mana juga umat Islam berada. Menurut Dr Yusuff al-Qardawiy dalam bukunya ‘al-Quds: Qadhiyyatu kulli muslim’ (2009), masalah Palestine adalah masalah bersama umat Islam adalah kerana lima faktor berkut:
Pertama: Masjid al-Aqsa atau al-Quds yang terletak di Palestin adalah kiblat pertama yang Rasulullah SAW dan para sahabatnya menghadap ke arahnya dalam solat mereka sejak diwajibkan solat pada malam israk dan mikraj pada tahun ke 10 setelah Nabi diutus sebagai Rasul.
Kedua: Palestin atau al-Quds adalah bumi atau tempat berlakunya israk dan mikraj Nabi Muhammad SAW. Umat Islam perlu menyedari bahawa Allah SWT menjadikan bumi Palestin atau al-Quds sebagai tempat berhentinya perjalanan Israk di bumi dan tempat bertolaknya mikraj nabi ke langit. Sesunggunya iradah Allah yang menentukan perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam yang penuh barakah itu bermula dari Makkah di Masjidil Haram dan berakhir di Masjid al-Aqsa.
Ketiga: Palastine atau Baitul Muqaddis adalah tempat ketiga yang dimuliakan selepas Makkah dan Madinah. Oleh yang demikian, kota suci umat Islam ini perlu terus dipertahankan oleh umat Islam.
Keempat: Bumi yang penuh Barakah. Baitul Muqaddis ataau al-Quds adalah sebahagian dari Palestin dan di situ bumi yang penuh barakah kerana Allah telah menggambarkan tempat tersebut sebagai bumi yang penuh barakah dan telah Allah telah menyebtnya sebanyak lima kali dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Israk ayat 1, surah al-Anbiyaa ayat 71, surah al-A’raf atau 137, surah al-Anbiyaa ayat 81 dan surah Saba ayat 18.
Kelima. Bumi tempat berjuang dan berjihad umat Islam. Bagi umat Islam , al-Quds adalah peluang untuk umat Islam berjuang dan berjihad samada dengan harta, tenaga atau apa sahaja yang termampu untuk sama-sama membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Yahudi.
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bertanggungjawab terhadap bumi Palestin dan merasi kesengsaraan umat dan rakyat dan saudara kita di Palestine. Untuk itu semoga kita sentiasa menghayati firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 105 yang bermaksud,
“ Dan Katakanlah (Wahai Muhammad), Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DEFISIT SOSIAL GUGAT SEMANGAT PERPADUAN, ROSAK ERTI KEMERDEKAAN
-------------------- Rencana yang telah disiarkan dalam Berita Harian 6 September 2024
-
Menurut Kamus Dewan, penghayatan adalah kata terbitan yang berasal dari kata hayat. Ia menggambarkan perihal atau proses menghayati atau men...
-
Mejar Burhanuddin Abdul Jalal Ketika mengajar bab sembahyang dengan menggunakan kitab 'Bahrun Mazi" tulisan Sheikh Idris Marbawi di...
-
RENCANA OLEH: MEJAR BURHANUDDIN ABDUL JALAL TAJUK: CABARAN DAKWAH ISLAMIAH MASA KINI Era dakwah masa kini berhadapan dengan pelbagai cabara...
5 comments:
Terima Kasih Tuan kerana bagi semangat kepada kami,,semangat Palestin akan sentiasa membara di Hati penuntut PEMARA siri 20/2011..
syukran tuan...asalnya tugas ni berat bagi kami semua penuntut kursus PEMARA untuk laksanakan. tapi Alhamdulillah berkat Usaha kami dan bantuan serta tunjuk ajar dari pegawai2 dan jurulatih di ilmi, kami berjaya laksanakan majlis ini dengan jayanya..Alhamdulillah
Terima kasih Tuan, semoga dengan semangat Palestin ini kami penuntut Pemara siri 20/2011 dapat menyatukan jalinan ukhwah bersama umat islam. Kejayaan ini juga adalah kejayaan bersama untuk Pegawai dan Jurulatih kursus PEMARA siri 20/2011 InsyaAllah.
Terima kasih diatas kata-kata ransangan buat kami kursus PEMARA siri 20/2011..semoga kejayaan sentiasa mengiringi kami semua hingga akhir hayat....
Semoga semangat para mujahiddin palestin terus membara dihati kita ummat Islam.. الله اكبر
Post a Comment